Thursday, 2 August 2012

Segmen : Running Man L.o.v.e.R by FafaRamlan

Assalamualaikum..


Tekan banner kalu nak join :D


Tag :: SEMUA!! yang baca entry ni

Tarikh tutup :: 1 Sept 2012

Jom-2 cepat join. Hadiah dia mungkin kurang sikit di samping ada review blog selama sebulan!! Tapi saya nak join jugak sebab saya minat sesangat Running Man!! Pastu kalu nak join ada soalan cepumas skit.


1. Siapakah peserta Running Man yang paling anda minati ? Why ??
Sebelum ni minat Song Joong Ki tapi dia dah tak ada so, aku nak tulis Song Ji Hyo la. Aku minat sangat dekat dia sebab dia ni cantik gilerr. Korang boleh tengok betapa bersungguhnya aku sampai sanggup letak dua 'r' pada perkataan gile. Haha, merapu jek. Aku rasa Jihyo ni selain drpd cantik, dia jugak bersemangat. Dalam Running Man, dia digelar 'Ace Ji Hyo'. Dia nampak kuat di samping jejaka-2 Running Man. Last sekali, suka tengok Monday Couple. Haha, sweet tau.
2. Peserta Running Man anda kurang minat ?
Lee Kwang Soo. Sebabnya dia ni suka sangat mengkhianati kawan-2 dalam satu group. Boleh pulak dia belot dengan geng sendiri semata-mata geng lain. Urhh, geram gilerr. Tapi ni karakter dia je aku kurang minat tak bermakna aku benci dia.
3. Siapakah tetama RM yang paling anda suka ?
Minho, Siwon, Sulli, Sohee, Hyorin. Semua tetamu ni ada dalam satu episod yang sama. Episod 72 kalu tak silap. Siwon ngan Minho nampak handsome sangat kau tau takk. Sulli plak nampak comel dengan tarian dia dengan Haha n Gary.
4. Episod RM yang paling best anda pernah tengok ?
Episod 96 sebab tetamu dia Park Ji Sung!! Comel jugak rupanya Ji Sung. Masa main bola tak berapa nampak tapi dia tetap orang Korea. So, kecomelan dia terserlah dalam Running Man. Part yang paling aku suka masa diorang makan sebelum mula aktiviti. Sambil makan cakap-2 skit, lawak la jugak dia ni. IU ada jugak dalam episod ni. Hehe
5. Macam mana Anda boleh tahu tentang Variety show ini ?
Tengok ONE HD channel 393
6. Siapakah kpop idol yang anda mahu dia jadi tetamu RM ?
Yoo Seung Hoo, Kim So Hyun, Lee Min Ho.
7. Selalu tengok RM kat TV atau Internet ?
Kat tv la ONE HD ch 393. Tapi kalu ada episod yang terlepas tengok ataupun nak tengok lagi sekali, saya cari la kat youtube.