Monday 19 January 2015

Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya

Assalamualaikum


Sporo merupakan sejenis penyakit kurap berdarah atau dikenali sebagai Sporotricosis. Ia merupakan penyakit yang sering dijangkiti oleh kucing terutamanya bagi kucing liar atau kucing outdoor. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Sporothrix Schenckii yang terdapat di persekitaran luar seperti tanah, pokok pokok dan persekitaran yang sememangnya sudah tercemar terutamanya apabila kucing ini berkeliaran atau bergaduh dengan kucing lain.

Kebiasaannya penyakit ini akan dijangkiti melalui kulit. Jarang benar kalau ada yang dijangkiti ke paru paru atau bahagian organ yang lain. Bila dah dijangkiti melalui kulit tu confirm akan tumbuh kurap. Ada sesetengah kucing yang terkena pada hidung, mulut, belakang telinga, perut, badan, kaki atau tangan. Penyakit sporo ni agak berbahaya juga sebab ia boleh dijangkiti oleh manusia terutamanya bila kita selalu bermain dengan kucing tanpa berhati hati.

Jom kenali tanda tanda biasa apabila kucing kita dijangkiti penyakit sporo :

  1. Luka atau kudis di mana mana bahagian badan tidak sembuh sehingga lebih daripada 14 hari apabila dirawat.
  2. Luka yang telah dijangkiti kelihatan agak basah dan berair serta berbentuk seperti benjolan.
  3. Luka atau kudis merebak ke bahagian yang lain
  4. Ada sesetengah haiwan yang kurang ketahanan diri akan hilang selera makan, berasa lesu, demam dan lain lain.
Jika kucing anda mengalami simptom di atas sila bawa ke klinik veterinar dan dicadangkan agar ikut nasihat doktor sebelum beri kucing anda ubat yang boleh didapati di farmasi atau pet shop. Sebabnya kalau silap dos ubat yang diberikan boleh menyebabkan kucing mati. Ikur nasihat doktor dan amalkan apa yang disuruh. Kalau boleh bawa kucing korang jumpa dengan doktor yang berlainan sebab biasanya nasihat bagi doktor yang berlainan ni berbeza. Dapatkan pandangan doktor lain dulu sebelum gelabah ambil tindakan seterusnya.

Bagi kucing yang dijangkiti penyakit sporo pula, doktor akan cadangkan agar korang beli ubat yang bernama Sporanox di farmasi atau klinik haiwan. Ubat ni agak mahal juga, sekitar RM5-RM8 bagi satu kapsul. Pengambilan ubat ni harus berhati hati agar tidak terlebih dos. Seterusnya, seelok eloknya beli supplement tambahan seperti Multivit atau Liv52 dan beri kepada kucing anda. Biasanya kucing lebih suka Multivit. Tengok pada keadaan je la. Ubat sporanox dan multivit ni sebenarnya dah cukup bagi merawat penyakit sporo. Tak perlu ubat sapu pun tak apa. Bila nak handle kucing korang, pastikan berhati hati ya dan pakai sarung tangan jika perlu untuk mengelakkan jangkitan pada manusia.



Penyakit sporo ni kalau berdasarkan doktor memang la ambil masa yang lama untuk sembuh. Kes paling cepat pun 2 minggu. Bila google sikit tentang pengalaman pencinta kucing yang lain tentang kucing mereka yang sakit ni jugak, kebanyakan doktor mencadangkan agar mereka 'menidurkan' kucing. Ohh tak sanggup rasanya. Sebenarnya penyakit ni boleh sembuh insya Allah kalau kita rawat elok elok dan banyakkan berdoa. Tidurkan kucing tu bukan satu satunya alternatif yang ada untuk selesaikan dengan penyakit ni. Jangan risau, masih banyak lagi cara yang boleh kita usahakan untuk merawat anak bulus ni.

Bagi anak bulus AS pula, doktor dah sahkan ada penyakit sporo. So macam hmm Ya Allah. Mudah mudahan cepat sembuh. Tapi tak sampai tahap kronik lagi sebab luka dia baru je basah dan berair gitu. Sekarang ni dah mula ambil Sporanox tu insya Allah boleh sembuh. Luka dia kat bahagian hidung pun dah nampak kering sikit sejak ambil ubat ini. Kalau sebelum ambil ubat tu, badan dia selalu lemah, asyik nak tidur je, kurang selera makan. Lama lama jadi kurus dah haha. Tapi sejak dah beberapa hari bagi ubat ni, nampak segar dah sikit. Bagi pulak makan royal canin perghh memang makin selera la budak ni.

Bagi pemilik kucing yang tiada lagi masalah dengan penyakit ini, dinasihatkan agar jaga kucing korang baik baik. Bagi vaksin pada setiap kucing korang dan bawa untuk pemeriksaan setiap bulan. Beringat sebelum kena ya kawan kawan. Ohh jangan lupa bagi makanan yang berkhasiat juga, jangan bagi makan sesetengah makanan tu sebab murah dibeli je tau. Sebabnya kos untuk merawat tu lebih besar daripada belanja untuk kucing kita agar makin sihat dan gemuk.

Oklah, sekian sahaja wahai pencinta kucing sekalian. Meoww!

Monday 5 January 2015

First time singgah ke Sookie's Store

Assalamualaikum.

gambar ihsan google

Nak dimulakan cerita, kami sekeluarga ke Kuantan semalam untuk beli barang persekolahan adik adik. Lepas dah siap beli barang tu, dah jadi kebiasaan kami untuk lunch di Tanjung Lumpur, tempat favorite kami sejak duduk di Kuantan lagi (sekarang dah pindah Kemaman sobs). Dalam perjalanan nak ke Kedai Makan Acik Patta tu AS ada la ternampak deretan kedai baru kat situ. Actually dah ternampak sebelum ni lagi, tapi ni baru terasa nak singgah. Sudah makan tu, AS mintak izin umi dan abah untuk berhenti kat Sookie's Store. Baru tau kat situ ada pet shop tu pun ternampak perkataan Royal Canin (sejenis makanan kucing).

Ni first time AS masuk pet shop tau kalau setakat kedai jual makanan kucing, sangkar, etc tu biasa la. Excited gila masa masuk tu. Memang ada kelas gituu dan yang paling best kedai tu cat friendly. Banyak kucing comel comel dalam kedai tu. Macam macam barangan berkaitan kucing yang dijual di kedai tu termasuklah makanan kucing, sangkar, baju kucing, pasir kucing, tali kucing dan banyak lagi la accessories berkaitan anak anak buluss.

pandangan hadapan sookie's store

royal canin!

semua barangan disusun dengan kemas je

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 30 minit dalam kedai tu. Haha tapi seriously tak tahu nak beli apa rasa macam nak borong semua je tapi bajet ciput so niat tu simpan kejap. AS beli sangkar untuk anak kucing AS yang seekor ni untuk travel or doctor visit. Dan adik adik tiba tiba suruh belikan rantai kucing. Nasib baik murah je tau so grab la satu. Masa nak bayar tu kena goda untuk jadi member hehe apa salahnya dapat 10% discount untuk every purchase.

official rakan sookie privilege

Baru tadi AS godek godek laman web Sookie's Store ni dan dapat tahu la rupa rupanya blog yang AS selalu baca tips tips berkaitan kucing ni adalah orang yang sama dengan owner sookie's store. Hahaha terkezut tak hihi lepas ni memang singgah selalu la nampak gayanya. Sejak anak buluss AS sakit, memang AS selalu rujuk http://www.izyahya.com/ sebab banyak disediakan tips untuk kucing sakit, tips untuk memilih makanan kucing yang berkhasiat dan banyak lagi lah. Insya Allah lepas ni nak kena masuk bloglist ni ahah.

suka je baby gemuk duduk dalam ni ya

So bagi korang yang tinggal berdekatan Kuantan boleh la singgah pet shop ni. Berbagai barangan keperluan kucing disediakan dengan harga yang berpatutan. Memang highly recommended. Sesiapa yang nak singgah boleh rujuk alamat kat bawah ya. Nak order online pun boleh, kat sini.

Sookie's Store The Pet Boutique
B10 Jalan Teluk Baharu 5
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
Pahang