Monday 19 January 2015

Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya

Assalamualaikum


Sporo merupakan sejenis penyakit kurap berdarah atau dikenali sebagai Sporotricosis. Ia merupakan penyakit yang sering dijangkiti oleh kucing terutamanya bagi kucing liar atau kucing outdoor. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Sporothrix Schenckii yang terdapat di persekitaran luar seperti tanah, pokok pokok dan persekitaran yang sememangnya sudah tercemar terutamanya apabila kucing ini berkeliaran atau bergaduh dengan kucing lain.

Kebiasaannya penyakit ini akan dijangkiti melalui kulit. Jarang benar kalau ada yang dijangkiti ke paru paru atau bahagian organ yang lain. Bila dah dijangkiti melalui kulit tu confirm akan tumbuh kurap. Ada sesetengah kucing yang terkena pada hidung, mulut, belakang telinga, perut, badan, kaki atau tangan. Penyakit sporo ni agak berbahaya juga sebab ia boleh dijangkiti oleh manusia terutamanya bila kita selalu bermain dengan kucing tanpa berhati hati.

Jom kenali tanda tanda biasa apabila kucing kita dijangkiti penyakit sporo :

  1. Luka atau kudis di mana mana bahagian badan tidak sembuh sehingga lebih daripada 14 hari apabila dirawat.
  2. Luka yang telah dijangkiti kelihatan agak basah dan berair serta berbentuk seperti benjolan.
  3. Luka atau kudis merebak ke bahagian yang lain
  4. Ada sesetengah haiwan yang kurang ketahanan diri akan hilang selera makan, berasa lesu, demam dan lain lain.
Jika kucing anda mengalami simptom di atas sila bawa ke klinik veterinar dan dicadangkan agar ikut nasihat doktor sebelum beri kucing anda ubat yang boleh didapati di farmasi atau pet shop. Sebabnya kalau silap dos ubat yang diberikan boleh menyebabkan kucing mati. Ikur nasihat doktor dan amalkan apa yang disuruh. Kalau boleh bawa kucing korang jumpa dengan doktor yang berlainan sebab biasanya nasihat bagi doktor yang berlainan ni berbeza. Dapatkan pandangan doktor lain dulu sebelum gelabah ambil tindakan seterusnya.

Bagi kucing yang dijangkiti penyakit sporo pula, doktor akan cadangkan agar korang beli ubat yang bernama Sporanox di farmasi atau klinik haiwan. Ubat ni agak mahal juga, sekitar RM5-RM8 bagi satu kapsul. Pengambilan ubat ni harus berhati hati agar tidak terlebih dos. Seterusnya, seelok eloknya beli supplement tambahan seperti Multivit atau Liv52 dan beri kepada kucing anda. Biasanya kucing lebih suka Multivit. Tengok pada keadaan je la. Ubat sporanox dan multivit ni sebenarnya dah cukup bagi merawat penyakit sporo. Tak perlu ubat sapu pun tak apa. Bila nak handle kucing korang, pastikan berhati hati ya dan pakai sarung tangan jika perlu untuk mengelakkan jangkitan pada manusia.



Penyakit sporo ni kalau berdasarkan doktor memang la ambil masa yang lama untuk sembuh. Kes paling cepat pun 2 minggu. Bila google sikit tentang pengalaman pencinta kucing yang lain tentang kucing mereka yang sakit ni jugak, kebanyakan doktor mencadangkan agar mereka 'menidurkan' kucing. Ohh tak sanggup rasanya. Sebenarnya penyakit ni boleh sembuh insya Allah kalau kita rawat elok elok dan banyakkan berdoa. Tidurkan kucing tu bukan satu satunya alternatif yang ada untuk selesaikan dengan penyakit ni. Jangan risau, masih banyak lagi cara yang boleh kita usahakan untuk merawat anak bulus ni.

Bagi anak bulus AS pula, doktor dah sahkan ada penyakit sporo. So macam hmm Ya Allah. Mudah mudahan cepat sembuh. Tapi tak sampai tahap kronik lagi sebab luka dia baru je basah dan berair gitu. Sekarang ni dah mula ambil Sporanox tu insya Allah boleh sembuh. Luka dia kat bahagian hidung pun dah nampak kering sikit sejak ambil ubat ini. Kalau sebelum ambil ubat tu, badan dia selalu lemah, asyik nak tidur je, kurang selera makan. Lama lama jadi kurus dah haha. Tapi sejak dah beberapa hari bagi ubat ni, nampak segar dah sikit. Bagi pulak makan royal canin perghh memang makin selera la budak ni.

Bagi pemilik kucing yang tiada lagi masalah dengan penyakit ini, dinasihatkan agar jaga kucing korang baik baik. Bagi vaksin pada setiap kucing korang dan bawa untuk pemeriksaan setiap bulan. Beringat sebelum kena ya kawan kawan. Ohh jangan lupa bagi makanan yang berkhasiat juga, jangan bagi makan sesetengah makanan tu sebab murah dibeli je tau. Sebabnya kos untuk merawat tu lebih besar daripada belanja untuk kucing kita agar makin sihat dan gemuk.

Oklah, sekian sahaja wahai pencinta kucing sekalian. Meoww!

No comments:

Post a Comment