Friday, 17 August 2012

Cerita raya saya

Assalamualaikum..


Randomly taken from Google.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan follower aizanshazlin.blogspot.com yang sudi baca blog busuk saya. Terima kasih saya ucapkan pada korang semua. Mengambil kesempatan bulan mulia ni, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jikalau ada tersalah kata atau penulisan saya yang membuat korang rasa kecil hati atau apa-2 pun.

Raya ni, saya balik beraya kat Pasir Mas, Kelantan. Wahh, excited giler nak balik beraya kat kampung. Ye la, setahun sekali je kan kita beraya. Rindu nak jumpa sepupu-2 yang comel-2 belaka. Rindu nak main dorang tau.

Persiapan baju raya saya tahun ni biasa-2 je. Ada 3 pasang je. Kelabu, peach, brown. Kasut raya tak cari lagi. Hish. Takpe-2 ade dua hari lagi. Korang nak tau tak akak saya cakap apa bila saya mintak kasut raya dari mak saya? Nak tau, dia cakap macam ni.

"Disunatkan pakai baju baru je masa raya nanti. Sebab Nabi xde mention pun kasut kena baru jugak."
Hahaa, ambik kau kena sebutir. Argh, suka hati la. Nak jugak kasut baru. Tapi hajatnya nak cari sandal je. Senang nak bawak gi jalan-2 musim raya camni. Tawaf satu taman kutip duit raya. Hahaa..

Balik beraya ni saya bawak jugak baby saya, Canon 1100d. Nak ambik gambar banyak-2. Insya-Allah akan di-upload kat sini. Tapi lepas raya, saya terus ada trial spm. Tak boleh beraya sakan sangat laa. Kena control skit. Hukhuk. Wish me gudluck ye!

Credit to Google Search


Hehe, tengok kartun tu. Dah nak balik beraya dah. Korang dah balik kampung belum? Saya bertolak kul 5 lebih petang semalam. Malam singgah tidur n sahur umah mak sedara kat Jerteh. Tengahari skit kot baru bertolak Pasir Mas. Hati-2 ye sape yang memandu tu.Kalu mengantuk singgah kat mane-2 tau. Kalu lepas waktu berbuka, korang boleh singgah Petronas sebab dia ada sediakan kopi tau.

Oklah, tu cerita raya saya. Cerita raya anda macam mane? Sape yang ada buat cerita jugak boleh komen link entry kat bawah ni. Takde buat apa-2 segmen pun. Tapi saje je nak mengeratkan hubungan silaturahim di bulan yang mulia ni. Betul dak?


Credit to Google Search


P/s :: Korang dah dengar lagu raya dari Proton ke belum? Kalu belum, klik sini. Melalui link yang aku bagi tu jugak, korang boleh buat ucapan video anda untuk yang tersayang. Cewahh!

Credit to empunya gambar.