Thursday 20 November 2014

Idola dalam bisnes

Assalamualaikum.


Kenalkah anda dengan muslimah di dalam gambar di atas? Beliau ialah pengasas Floral Mask daripada Dian Pixy Enterprise. AS baru kenal sis ni semalam masa stalking instagram dan terjumpa ig beliau. Masih ingat lagi semalam, sebelum tidur, AS ingat nak godek godek check instagram kot kot dah tak ada apa apa nak tidur dah. Nak dijadikan cerita, AS jumpa instagram sis ni. Rupa-rupanya beliau ialah pengasas kepada Floral Mask dan Dian'z Vitamin, produk yang AS jual dan ambil stok daripada seorang stokis ni. Kiranya AS ni dropship la tapi AS tak pegang stok tau. AS just ambil order je.

Scroll punya scroll sampai ke post lama lama sis dian ni (wahh nama dian'z vitamin tu diinspirasikan daripada nama beliau sendiri tau, Nurul Diana), AS dapat tengok kehidupan sis dian sebelum produk Floral Mask ni mendapat tempat di pasaran. Memang beliau down habis sebab stok tak laku. Nak habiskan satu satu stok dalam satu masa punye la payah, pulak tu ambil masa yang lama. Masa beliau hantar sample ni ke kilang, beliau tengah mengandungkan anak yang pertama. Berapa kali haa kilang bagi sample beliau tak puas hati sebab nakkan kualiti yang terbaik untuk pelanggan. Bila dah menjadi, stok kurang laris. Nasib baik ada suami dan keluarga di sisi yang tak putus memberi semangat dan dorongan.

Kemudian, bila produk Floral Mask ni dah mula digemari umum, beliau menghadapi kepayahan untuk handle stok banyak banyak. Ye la almaklumlah first time, mesti gentar tu ada jugak ye takk. Asah punya asah punya asah, beliau dah mahir dah. Sekarang ni beliau punya kejayaan, dalam masa 6 hari, mampu buat sale sebanyak lima ribu. Wheww memang master dah leni. Sekarang ni beliau dah ada lebih seribu stokis yang menjual dan mengedarkan produk Floral Mask dan Dian'z Vitamin di seluruh negera dan AS salah satu dropshipnya. Dan sekarang ni sis dian dah jadi jutawan pada usia muda dah pun. Wuu totally my idole ^^

 


Serius AS tak tahu sebelum ni yang beliau ialah pengasas kepada Floral Mask. Sebelum ni main belasah je jual produk tu pada orang ramai. Tak ambil kisah pun. Tapi sekarang ni tetibe plak rasa macam nak ambil tahu semua benda. Tapi benda yang umum je la, tak de la sibuk nak tahu peti sejuk jiran sebelah ada apa kan. Semua kepayahan yang dilalui oleh sis dian buat AS rasa bersemangat dan bermotivasi tiba tiba. Tiba tiba je semangat tu muncul dalam diri sendiri, mungkin dah sampai masanya untuk AS tanamkan azam dalam diri untuk cuba sesuatu yang baru untuk berjaya. Insya Allah dimulakan dengan bisnes produk ni ya.

Bagi sesiapa yang menginginkan untuk mencuba produk ni boleh komen ya. Jom rasai sendiri keajaiban Floral Mask, mask berwarna ungu yang mempunyai haruman lavender yang pertama di Malaysia dan Dian'z Vitamin iaitu vitamin yang dicipta khusus untuk penjagaan kulit khususnya untuk memutihkan kulit.

Dan satu lagi, sebelum sis dian jual barangan yang beliau ciptakan tu, beliau akan test pada diri sendiri dulu. Setelah berkesan, baru la beliau jual. Kan bagus camtu kan. Ni nak kasi spoiler sikit, beliau ada produk baru untuk dipasarkan, sekarang masih dalam test produk dulu. So tunggu dulu ya.

SEKARANG KITA BUAT PROMOSI !!!

Floral Mask RM 39.90 FREE POSTAGE to SM / SS +6

Dian'z Vitamin RM 76 FREE POSTAGE to SM / SS +6

p/s : pic credit to sis dian

p/p/s : nak order boleh ke sini


No comments:

Post a Comment