Sunday, 9 November 2014

Ayuh bangkit Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

from malaysianinsider

Mesti anda semua dah tahu isu yang menggemparkan peminat sukan negara malahan dunia akibat skandal doping Datuk Lee Chong Wei, pemain nombor satu dunia. Misteri mengenai keputusan sampel B Datuk Lee Chong Wei akhirnya terungkai apabila disahkan positif mengandungi bahan terlarang dexamethasone. Lee Chong Wei menyaksikan sendiri prosedur analisis ujian ke atas sampel B miliknya di Hospital Universiti Oslo, Norway. Berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ini turut menimbulkan kesedihan dan rasa terkilan dalam hati pemain terkenal ini sendiri kerana beliau bersungguh sungguh menafikan bahawa beliau tidak mengambil bahan terlarang tersebut.

Buat masa sekarang ini, ikon badminton nombor satu dunia itu digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa sekurang-kurangnya sehingga keputusan Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) diketahui kelak. Berita ini pastinya menimbulkan rasa terkilan dalam hati Lee Chong Wei kerana imejnya mungkin terjejas di mata dunia meskipun beliau menafikan pengambilan bahan terlarang itu. 

Namun apa yang AS pasti, pendedahan nama atlet yang terlibat ini memang menjejaskan nama Lee Chong Wei sendiri dan akan menjatuhkan semangat beliau. Menurut sumber, BWF mahupun ahli persatuan di bawahnya tidak boleh mendedahkan nama atlet terbabit yang didakwa melakukan kesalahan itu sehingga dibuktikan menerusi majlis pendengaran. Pendedahan namanya kepada pihak umum sedikit sebanyak akan merencatkan semangat beliau. Harap beliau dapat kuatkan semangat demi anak dan isteri tercinta.

Di samping itu, Lee Chong Wei yang melarikan diri daripada pihak media daripada mengulas isu ini sebaik sahaja selesai melakukan proses analisis di Norway telah meluahkan rasa hatinya kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com pada Sabtu lalu. AS rasa memang tak patut la kalau rakyat dan orang umum buat spekulasi macam tu je tentang kes ni. Sekurang-kurangnya dengar la dulu apa yang Chong Wei cuba nak cakap. Dan percayakan apa yang beliau cakap. Beliau dah buat macam untuk naikkan nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang sukan. Lepas tu, bila beliau mengalami kepayahan macam ni takkan nak terus kutuk je.


"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir....membinasakan kerja keras saya selama ini. Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat."

Kalau tak mampu bersorak ketika kalah, jangan bersorak ketika menang. Eh tetibe je ...