Monday 15 September 2014

Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Assalamualaikum


Alhamdulillah tugasan kedua cabaran iphone 5s dah bermula. Excited jugak semalam masa check blog denaihati untuk tahu apa apa perkembangan tentang cabaran iphone 5s ni. Lega jugak bila tengok tugasan kedua ni baru bermula semalam. Takdelah tertinggal sangat ambo nih hehee --


Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.

  1. Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  3. Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  4. Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  5. Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  6. Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  7. Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Haa tu dia cabaran seterusnya. Tempoh masa bagi cabaran kedua ni sebulan wehh. Hahaha ambik ko lama kemain. Tapi hm sempat ke tak lintas blogger profesional yang lain nak tinggalkan komen pada entri blog denaihati. Rase kecik plak diri ni berdiri celah celah depa ni. Tapi insya Allah akan ku usahakan sebaik yang mungkin. Tambahan plak ni kan musim cuti sekolah so banyak masa terluang nak blogwalking. So, tahniah untuk semua peserta yang layak dan good luck, semoga maju jaya. Jom kita bertanding dengan gaya sihat dan mesra alam gituu hahaa. Big thanks to the awesome sponsor for the clueless time.


Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S kali ini. (latest update)

No comments:

Post a Comment