Thursday, 1 October 2015

Terabai

Assalamualaikum wbt. Ya Allah dah lama tak update sini. I'm sorry guys. Sejujurnya tak ada topik nak update pasal apa tambahan pulak memang busy sikit sejak masuk universiti. Skill menulis pun dah tahap krik krik (padahal memang sejak azali lagi kkk). Kalau nak asah balik pun confirm ambik masa panjang. Bukan senang nak panaskan enjin balik ni.

Sedikit update tentang perkembangan terbaru Sha, sekarang ni Sha dah official bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (insert proud emojis). Alhamdulillah kalau dah rezeki nak masuk u tak ke mana. Walaupun SPM dulu kecundang, then sambung STPM Alhamdulillah mampu menjejakkan kaki ke universiti. Tambah bersyukur lagi dapat universiti kat kampung halaman sendiri. Tiap tiap minggu boleh balik setakat 40 minit perjalanan je.

Alhamdulillah duduk kat sana setakat ni okay je and seronok! Kedai makan kat luar banyak bersepah, nak cari barang pun senang. Semua ada tau. Cool blog, marry brown, mcdonalds (tak makan tapi), kfc ade jugak tapi jauh sikit. Kolej kediaman pun selesa with 4 roommates for each room. And I've got many new friends hikhik. Part ni paling best ni. Kawan dari seluruh Malaysia ada. Sabah ada, Johor ada, Terengganu ada tapi Kedah la yang paling ramai. Entah la kenapa hahaha. Kalau kawan yang sekelas masa form six ada 2 orang yang dapat UMK sekali. So boleh la kita konvoi masa balik beraya kan *angkat kening

Tapi kan Sabtu ni kan. Yela Sabtu esok lusa tu. Dah nak kena balik UMK dah. Uhuk uhuk. Cuti raya + cuti mid sem tu rasanya teramatlah sekejap je. Tapi hidup perlu diteruskan. Muka habis redha dah ni. Hmm okei la. Ada something nak settlekan dulu k la bye. Tunggu new entry eh dan jangan lupa baca. I segan la kalau krik krik macam ni. Hahaha.

makjah : mesti nak membebel pasal assignment yang bertimbun la tu hmm dah tau dah dah agak dah

No comments:

Post a Comment