Sunday, 12 March 2017

Ingin Tahu Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'? Ikuti Resipi Ini

Assalamualaikum.

Pernah tak korang makan mashed potatoes kfc punya tu tapi still lagi tak cukup. Even dah order yang besar punya pun kempunan lagi. Rasa macam nak makan bila bila masa je. Kalau boleh buat sendiri kat rumah lagi senang kan. Haa sekarang ni tak lagi. Korang tahu tak sebenarnya senang je nak buat mashed potatoes ni. Home-made lagi puas hati kan.



Bahan-bahan (mashed potatoes):
- 3 biji ubi kentang (dipotong kiub) 
- 2 sudu besar mentega 
- 1/2 cawan susu segar 
- Garam 

Bahan-bahan (sos): 
- 2 sudu besar mentega 
- 2 ulas bawang putih 
- 1/2 biji bawang kuning 
- 1 cawan stok daging 
- Tepung jagung (dibancuh dengan air) 
- Garam 
- Lada hitam 

Cara-cara: 
1. Rebus ubi kentang hingga lembut. 
2. Lenyekkan ubi dengan mentega, susu segar, dan garam. 
3. Untuk membuat sosnya, cairkan mentega. 
4. Tumis bawang putih dan bawang kuning. 
5. Masukkan stok daging dan biar mendidih. 
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat..
7. Blend sos hingga halus, jika mahu. 
8. Masukkan lada hitam dan garam, dan hidang bersama ubi.



Good luck dah try buat tu. Jangan lupa snap gambar tau, then up post satu. Komen kat bawah link tu nanti alin tengok tau <3 Resepi cheesy wedges pulak boleh klik SINI. Selamat mencuba :)