Sunday, 12 March 2017

Ingin Tahu Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'? Ikuti Resipi Ini

Assalamualaikum.

Pernah tak korang makan mashed potatoes kfc punya tu tapi still lagi tak cukup. Even dah order yang besar punya pun kempunan lagi. Rasa macam nak makan bila bila masa je. Kalau boleh buat sendiri kat rumah lagi senang kan. Haa sekarang ni tak lagi. Korang tahu tak sebenarnya senang je nak buat mashed potatoes ni. Home-made lagi puas hati kan.



Bahan-bahan (mashed potatoes):
- 3 biji ubi kentang (dipotong kiub) 
- 2 sudu besar mentega 
- 1/2 cawan susu segar 
- Garam 

Bahan-bahan (sos): 
- 2 sudu besar mentega 
- 2 ulas bawang putih 
- 1/2 biji bawang kuning 
- 1 cawan stok daging 
- Tepung jagung (dibancuh dengan air) 
- Garam 
- Lada hitam 

Cara-cara: 
1. Rebus ubi kentang hingga lembut. 
2. Lenyekkan ubi dengan mentega, susu segar, dan garam. 
3. Untuk membuat sosnya, cairkan mentega. 
4. Tumis bawang putih dan bawang kuning. 
5. Masukkan stok daging dan biar mendidih. 
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat..
7. Blend sos hingga halus, jika mahu. 
8. Masukkan lada hitam dan garam, dan hidang bersama ubi.



Good luck dah try buat tu. Jangan lupa snap gambar tau, then up post satu. Komen kat bawah link tu nanti alin tengok tau <3 Resepi cheesy wedges pulak boleh klik SINI. Selamat mencuba :)

Saturday, 31 December 2016

I hate parting ways

Assalamualaikum.



Dah lama benar tak update blog ni. Tup tup tiba tiba rasa nak update new entry. Last post update pasal semester dua masa nak dekat final. Sekarang ni tengah final semester tiga dah. Lama gila tinggal blog ni. Expectation nak up something yang best tapi in reality, nak luahkan perasaan je. But more about opinion.

Tetiba hari ni terpanggil nak luah perasaan ni. Mungkin sebab that certain feeling hit me just now. Tulis kat diari memang tak la. Takkan pernah kot. I've never like parting ways or saying goodbye. Tak kira berpisah untuk sekejap je atau lama ke, I'm suck at it to be honest. Mungkin sebab dari form one sampai la ke form six tak pernah berpisah dengan family. Especially sebab adik adik masih kecil lagi. So bila dah masuk universiti life ni, terpaksa la terpisah.

Bercakap pasal susah nak berpisah dengan family bila cuti dah nak habis ni, biasanya I akan target bila next cuti pastu buat reminder kat myself macam "Bulan depan balik lagi so relaks la sebulan sekejap je berlalu". Masa balik study week baru ni dekat dua minggu, nak berpisah berat hati. Lepas tu ingatkan diri sendiri cakap, "Alaa balik u sebab nak exam je ni kejap je ni lepastu freedom". Haa tengok punya childish sikit diri tu hahaha.

I hate saying goodbye. HATE IT THE MOST. But yeah this is life, you're gonna had to endure it no matter what. The reason why I feel upset about parting is because I always had this negative mind that I didn't do or treat them better that now we're about to part. Especially at people you love the most. In my case it is my family. My parents and my siblings. Because I'm suck at expressing my love through WORDS, I often show it through my ACTION. Hope that they could feel my sincerity.

Talk about siblings, bila depan depan memang la gaduh, mengusik je kerjanya. Tapi still sayang. Gila sape tak sayang siblings. Orang paling dekat dengan kita lepas mak ayah kot. Impian setiap orang mesti nak berjasa dengan adik beradik sendiri kan. Jangan pernah berkira dengan adik beradik. My wish is to usaha kuat kuat dalam bisnes lepas tu nak belanja family. Bawak dorang bercuti, buat umrah sama sama. Susah senang sama sama. Gelak sama sama. Menangis sama sama. Makan sama sama.

But sometimes I feel that I'm kind of lucky to have this feeling and thoughts lingering in my mind. Sebab kesedaran tu dah wujud, yang penting cuma kena maintain je la. Dan jangan lupa diri. Harapnya siblings yang lain pun macam ni la. Sama sama kita jadi satu, bahagiakan umi dan abah. Till jannah okay :)

Friday, 13 May 2016

Semester II

Assalamualaikum.


Hi fellow friends. It has been a very long time since I've updated here. Suddenly I miss to update here though it's nothing special at all. Just opened my laptop and the wifi worked well with the laptop and thought why not if I update one.

It's cloudy outside. For your information, the rain has not hit UMK since two month or more. The weather is always scotching hot even at the night. Just imagine going to class back and forth in this insanely hot weather I would've spend my time in the library for the sake of the air conditioner lol.

For this past two weeks I've been worked crazily for the accounting and business math assignments as well as entrepreneur behavious's presentation. Only Allah knows how exhausted I am during this time of the semester. Not to mention that we also got many programs to attend. Just last week I went to Tumpat for my course's activity. It was fun indeed to steal some time despite of the hectic schedule.

So just yesterday my group members and I had finally hand in the assignment, and know I feel so leisure. Only students know this feeling after they have submitted the assignment. It was so heaven. But I still have one in pending which is marketing second assignment and the presentation on this upcoming thursday.

My baby baekhyun released a new song last night. It is called The Day, a duo project with Kwill for SM Station. I love ballad so so much and I'm enjoying it a lot. He's improving so much in his vocal. My baby finally grew up. Hahahaa. Look at the amount of the fangirling I've keep it aside during the busy time until now it is overflowing so much. Pity me.

I still have two weeks until study week started. Then I got two weeks of study week leave because my paper started later than others. After that, semester break for two months or more. Yeahh I can't wait for that seriously. I miss my family and kitten so much. It has been a month or more since I last coming back to home sobs.

So that's all for now. I will come back next time. Bye!

Sunday, 20 December 2015

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

Assalamualaikum.


Sebab dah lama tak join segmen dan sementara tengah cuti ni so why not. Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam.

Thursday, 1 October 2015

Terabai

Assalamualaikum wbt. Ya Allah dah lama tak update sini. I'm sorry guys. Sejujurnya tak ada topik nak update pasal apa tambahan pulak memang busy sikit sejak masuk universiti. Skill menulis pun dah tahap krik krik (padahal memang sejak azali lagi kkk). Kalau nak asah balik pun confirm ambik masa panjang. Bukan senang nak panaskan enjin balik ni.

Sedikit update tentang perkembangan terbaru Sha, sekarang ni Sha dah official bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (insert proud emojis). Alhamdulillah kalau dah rezeki nak masuk u tak ke mana. Walaupun SPM dulu kecundang, then sambung STPM Alhamdulillah mampu menjejakkan kaki ke universiti. Tambah bersyukur lagi dapat universiti kat kampung halaman sendiri. Tiap tiap minggu boleh balik setakat 40 minit perjalanan je.

Alhamdulillah duduk kat sana setakat ni okay je and seronok! Kedai makan kat luar banyak bersepah, nak cari barang pun senang. Semua ada tau. Cool blog, marry brown, mcdonalds (tak makan tapi), kfc ade jugak tapi jauh sikit. Kolej kediaman pun selesa with 4 roommates for each room. And I've got many new friends hikhik. Part ni paling best ni. Kawan dari seluruh Malaysia ada. Sabah ada, Johor ada, Terengganu ada tapi Kedah la yang paling ramai. Entah la kenapa hahaha. Kalau kawan yang sekelas masa form six ada 2 orang yang dapat UMK sekali. So boleh la kita konvoi masa balik beraya kan *angkat kening

Tapi kan Sabtu ni kan. Yela Sabtu esok lusa tu. Dah nak kena balik UMK dah. Uhuk uhuk. Cuti raya + cuti mid sem tu rasanya teramatlah sekejap je. Tapi hidup perlu diteruskan. Muka habis redha dah ni. Hmm okei la. Ada something nak settlekan dulu k la bye. Tunggu new entry eh dan jangan lupa baca. I segan la kalau krik krik macam ni. Hahaha.

makjah : mesti nak membebel pasal assignment yang bertimbun la tu hmm dah tau dah dah agak dah

Wednesday, 11 March 2015

Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab

Assalamualaikum.


Giveaway ni diadakan sempena ulang tahun perkahwinan sis aini dan pakyong yang ke-empat. So kat sini saya nak ambil kesempatan nak mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga dipanjangkan jodoh ini ke akhir hayat dan semoga berbahagia sehingga ke jannah bersama keluarga Insya Allah. Hope you can be the best mom to your son and daughter. Tahniah!

Thursday, 12 February 2015

Mustahil korang tak gelak tengok mak cik ni

Assalamualaikum.


Hello guys! Chinese New Year is coming in a week. Dah buat preparation ke belum. Stok buah oren sekotak dah ada kat rumah ke belum. Hahaha AS pun tak ada pun. Tapi tak apa. Yang paling penting, it's HOLIDAY! Wow jom bercuti sakan dengan family tersayang. Balik kampung pun okay jugak kan.

Dan tadi AS ada jumpa satu video yang kiut miut ni. Tiga orang mak cik Melayu, Cina dan India menyanyi sama sama. Hahaa bila AS kata mak cik korang boleh bayang tak macam mana mak cik bertiga ni menyanyi macam mana. Serius comel je uolls. Boleh tahan swag juga siap dengan rapping bagai. Perghh dah macam hip hop terus. Kalau masuk AJL ni confirm boleh masuk final huhu. Tengok tu comel punya pasal sampai dah ke laut pujian tu.


Jemput la tengok. Mak cik mak cik ni swag sesangat. Stylo gitu haha. Memang terbaik la Hotlink punya campain sempena Chinese New Year ni. 1 Malaysia gitu. Siap ada lirik bagai. Okay, kalau nak tengok macam mana mak cik bertiga ni menyanyi boleh KLIK SINI. Kalau nak karaoke sama sama pun boleh KLIK SINI.

Minta tolong jasa baik kawan kawan KLIK SINI YE.
Terima kasih.

Wednesday, 4 February 2015

Mudahnya Berniaga di Facebook

Assalamualaikum


Berniaga online sekarang dah jadi semakin viral dalam kalangan pengguna media sosial. Kalau dulu Facebook merupakan satu platform yang popular untuk peniaga online menawarkan produk jualan mereka tapi sekarang ramai yang dah beralih kepada Instagram. Kebanyakan peniaga peniaga online ini beralih kepada Instagram yang lebih mudah untuk diuruskan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia sekarang lebih gemar online Instagram berbanding Facebook.

Namun Facebook masih tak dilupakan. Sebenarnya ada je yang masih setia menggunakan Facebook untuk berniaga. Cuma saingan di Facebook dah semakin kurang berbanding Instagram. Kalau di Instagram, nak majukan satu satu produk tu agak susah dan memerlukan usaha yang keras disebabkan lambakan barangan saingan. Bagi peniaga baru yang memilih untuk menggunakan platform Facebook untuk barangan anda, mesti korang masih merangkak rangkak dan perlukan panduan kan. Kalau tak ada panduan, tak guna jugak. Page entah ke mana, sale pun tak ada.

Melalui Video Mudahnya Berniaga di Facebook, anda akan mempelajari dari 'zero' sehingga mempunyai sebuah Facebook Page untuk jualan produk anda. Dalam video ini disertakan satu pendedahan bagaimana menulis ayat jualan efektif untuk digunakan. Sudah tentu anda harus amalkan cara jualan yang berkesan untuk menarik perhatian pembeli.

Menariknya dengan video ini, anda dapat menonton pakej pembelajaran ini di rumah, di atas katil atau di mana mana sahaja mengikut keselesaan anda. Kesemua 15 video ini berdurasi melebihi 6 jam. So anda boleh take time anda nak study bila bila masa sahaja. Percaya tak yang anda boleh mempelajari semua teknik ini tanpa mengikuti kursus pun. Setiap purchase video ini juga akan melayakkan anda untuk mendapat hadiah istimewa daripada si penjual ini.


Tawaran anda terhad !! Harga terbaik ditawarkan kepada pembeli terawal !! Baik korang beli cepat sebelum terlambat. Confirm tak menyesal anda beli video ini sebab ianya disediakan oleh Mohd Zulfadli, usahawan internet dan trainer sepenuh masa dalam bidang Perniagaan & Pemasaran Internet. Klik sini untuk beli.

Monday, 19 January 2015

Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya

Assalamualaikum


Sporo merupakan sejenis penyakit kurap berdarah atau dikenali sebagai Sporotricosis. Ia merupakan penyakit yang sering dijangkiti oleh kucing terutamanya bagi kucing liar atau kucing outdoor. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Sporothrix Schenckii yang terdapat di persekitaran luar seperti tanah, pokok pokok dan persekitaran yang sememangnya sudah tercemar terutamanya apabila kucing ini berkeliaran atau bergaduh dengan kucing lain.

Kebiasaannya penyakit ini akan dijangkiti melalui kulit. Jarang benar kalau ada yang dijangkiti ke paru paru atau bahagian organ yang lain. Bila dah dijangkiti melalui kulit tu confirm akan tumbuh kurap. Ada sesetengah kucing yang terkena pada hidung, mulut, belakang telinga, perut, badan, kaki atau tangan. Penyakit sporo ni agak berbahaya juga sebab ia boleh dijangkiti oleh manusia terutamanya bila kita selalu bermain dengan kucing tanpa berhati hati.

Jom kenali tanda tanda biasa apabila kucing kita dijangkiti penyakit sporo :

  1. Luka atau kudis di mana mana bahagian badan tidak sembuh sehingga lebih daripada 14 hari apabila dirawat.
  2. Luka yang telah dijangkiti kelihatan agak basah dan berair serta berbentuk seperti benjolan.
  3. Luka atau kudis merebak ke bahagian yang lain
  4. Ada sesetengah haiwan yang kurang ketahanan diri akan hilang selera makan, berasa lesu, demam dan lain lain.
Jika kucing anda mengalami simptom di atas sila bawa ke klinik veterinar dan dicadangkan agar ikut nasihat doktor sebelum beri kucing anda ubat yang boleh didapati di farmasi atau pet shop. Sebabnya kalau silap dos ubat yang diberikan boleh menyebabkan kucing mati. Ikur nasihat doktor dan amalkan apa yang disuruh. Kalau boleh bawa kucing korang jumpa dengan doktor yang berlainan sebab biasanya nasihat bagi doktor yang berlainan ni berbeza. Dapatkan pandangan doktor lain dulu sebelum gelabah ambil tindakan seterusnya.

Bagi kucing yang dijangkiti penyakit sporo pula, doktor akan cadangkan agar korang beli ubat yang bernama Sporanox di farmasi atau klinik haiwan. Ubat ni agak mahal juga, sekitar RM5-RM8 bagi satu kapsul. Pengambilan ubat ni harus berhati hati agar tidak terlebih dos. Seterusnya, seelok eloknya beli supplement tambahan seperti Multivit atau Liv52 dan beri kepada kucing anda. Biasanya kucing lebih suka Multivit. Tengok pada keadaan je la. Ubat sporanox dan multivit ni sebenarnya dah cukup bagi merawat penyakit sporo. Tak perlu ubat sapu pun tak apa. Bila nak handle kucing korang, pastikan berhati hati ya dan pakai sarung tangan jika perlu untuk mengelakkan jangkitan pada manusia.



Penyakit sporo ni kalau berdasarkan doktor memang la ambil masa yang lama untuk sembuh. Kes paling cepat pun 2 minggu. Bila google sikit tentang pengalaman pencinta kucing yang lain tentang kucing mereka yang sakit ni jugak, kebanyakan doktor mencadangkan agar mereka 'menidurkan' kucing. Ohh tak sanggup rasanya. Sebenarnya penyakit ni boleh sembuh insya Allah kalau kita rawat elok elok dan banyakkan berdoa. Tidurkan kucing tu bukan satu satunya alternatif yang ada untuk selesaikan dengan penyakit ni. Jangan risau, masih banyak lagi cara yang boleh kita usahakan untuk merawat anak bulus ni.

Bagi anak bulus AS pula, doktor dah sahkan ada penyakit sporo. So macam hmm Ya Allah. Mudah mudahan cepat sembuh. Tapi tak sampai tahap kronik lagi sebab luka dia baru je basah dan berair gitu. Sekarang ni dah mula ambil Sporanox tu insya Allah boleh sembuh. Luka dia kat bahagian hidung pun dah nampak kering sikit sejak ambil ubat ini. Kalau sebelum ambil ubat tu, badan dia selalu lemah, asyik nak tidur je, kurang selera makan. Lama lama jadi kurus dah haha. Tapi sejak dah beberapa hari bagi ubat ni, nampak segar dah sikit. Bagi pulak makan royal canin perghh memang makin selera la budak ni.

Bagi pemilik kucing yang tiada lagi masalah dengan penyakit ini, dinasihatkan agar jaga kucing korang baik baik. Bagi vaksin pada setiap kucing korang dan bawa untuk pemeriksaan setiap bulan. Beringat sebelum kena ya kawan kawan. Ohh jangan lupa bagi makanan yang berkhasiat juga, jangan bagi makan sesetengah makanan tu sebab murah dibeli je tau. Sebabnya kos untuk merawat tu lebih besar daripada belanja untuk kucing kita agar makin sihat dan gemuk.

Oklah, sekian sahaja wahai pencinta kucing sekalian. Meoww!

Monday, 5 January 2015

First time singgah ke Sookie's Store

Assalamualaikum.

gambar ihsan google

Nak dimulakan cerita, kami sekeluarga ke Kuantan semalam untuk beli barang persekolahan adik adik. Lepas dah siap beli barang tu, dah jadi kebiasaan kami untuk lunch di Tanjung Lumpur, tempat favorite kami sejak duduk di Kuantan lagi (sekarang dah pindah Kemaman sobs). Dalam perjalanan nak ke Kedai Makan Acik Patta tu AS ada la ternampak deretan kedai baru kat situ. Actually dah ternampak sebelum ni lagi, tapi ni baru terasa nak singgah. Sudah makan tu, AS mintak izin umi dan abah untuk berhenti kat Sookie's Store. Baru tau kat situ ada pet shop tu pun ternampak perkataan Royal Canin (sejenis makanan kucing).

Ni first time AS masuk pet shop tau kalau setakat kedai jual makanan kucing, sangkar, etc tu biasa la. Excited gila masa masuk tu. Memang ada kelas gituu dan yang paling best kedai tu cat friendly. Banyak kucing comel comel dalam kedai tu. Macam macam barangan berkaitan kucing yang dijual di kedai tu termasuklah makanan kucing, sangkar, baju kucing, pasir kucing, tali kucing dan banyak lagi la accessories berkaitan anak anak buluss.

pandangan hadapan sookie's store

royal canin!

semua barangan disusun dengan kemas je

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 30 minit dalam kedai tu. Haha tapi seriously tak tahu nak beli apa rasa macam nak borong semua je tapi bajet ciput so niat tu simpan kejap. AS beli sangkar untuk anak kucing AS yang seekor ni untuk travel or doctor visit. Dan adik adik tiba tiba suruh belikan rantai kucing. Nasib baik murah je tau so grab la satu. Masa nak bayar tu kena goda untuk jadi member hehe apa salahnya dapat 10% discount untuk every purchase.

official rakan sookie privilege

Baru tadi AS godek godek laman web Sookie's Store ni dan dapat tahu la rupa rupanya blog yang AS selalu baca tips tips berkaitan kucing ni adalah orang yang sama dengan owner sookie's store. Hahaha terkezut tak hihi lepas ni memang singgah selalu la nampak gayanya. Sejak anak buluss AS sakit, memang AS selalu rujuk http://www.izyahya.com/ sebab banyak disediakan tips untuk kucing sakit, tips untuk memilih makanan kucing yang berkhasiat dan banyak lagi lah. Insya Allah lepas ni nak kena masuk bloglist ni ahah.

suka je baby gemuk duduk dalam ni ya

So bagi korang yang tinggal berdekatan Kuantan boleh la singgah pet shop ni. Berbagai barangan keperluan kucing disediakan dengan harga yang berpatutan. Memang highly recommended. Sesiapa yang nak singgah boleh rujuk alamat kat bawah ya. Nak order online pun boleh, kat sini.

Sookie's Store The Pet Boutique
B10 Jalan Teluk Baharu 5
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
Pahang





Thursday, 20 November 2014

Idola dalam bisnes

Assalamualaikum.


Kenalkah anda dengan muslimah di dalam gambar di atas? Beliau ialah pengasas Floral Mask daripada Dian Pixy Enterprise. AS baru kenal sis ni semalam masa stalking instagram dan terjumpa ig beliau. Masih ingat lagi semalam, sebelum tidur, AS ingat nak godek godek check instagram kot kot dah tak ada apa apa nak tidur dah. Nak dijadikan cerita, AS jumpa instagram sis ni. Rupa-rupanya beliau ialah pengasas kepada Floral Mask dan Dian'z Vitamin, produk yang AS jual dan ambil stok daripada seorang stokis ni. Kiranya AS ni dropship la tapi AS tak pegang stok tau. AS just ambil order je.

Scroll punya scroll sampai ke post lama lama sis dian ni (wahh nama dian'z vitamin tu diinspirasikan daripada nama beliau sendiri tau, Nurul Diana), AS dapat tengok kehidupan sis dian sebelum produk Floral Mask ni mendapat tempat di pasaran. Memang beliau down habis sebab stok tak laku. Nak habiskan satu satu stok dalam satu masa punye la payah, pulak tu ambil masa yang lama. Masa beliau hantar sample ni ke kilang, beliau tengah mengandungkan anak yang pertama. Berapa kali haa kilang bagi sample beliau tak puas hati sebab nakkan kualiti yang terbaik untuk pelanggan. Bila dah menjadi, stok kurang laris. Nasib baik ada suami dan keluarga di sisi yang tak putus memberi semangat dan dorongan.

Kemudian, bila produk Floral Mask ni dah mula digemari umum, beliau menghadapi kepayahan untuk handle stok banyak banyak. Ye la almaklumlah first time, mesti gentar tu ada jugak ye takk. Asah punya asah punya asah, beliau dah mahir dah. Sekarang ni beliau punya kejayaan, dalam masa 6 hari, mampu buat sale sebanyak lima ribu. Wheww memang master dah leni. Sekarang ni beliau dah ada lebih seribu stokis yang menjual dan mengedarkan produk Floral Mask dan Dian'z Vitamin di seluruh negera dan AS salah satu dropshipnya. Dan sekarang ni sis dian dah jadi jutawan pada usia muda dah pun. Wuu totally my idole ^^

 


Serius AS tak tahu sebelum ni yang beliau ialah pengasas kepada Floral Mask. Sebelum ni main belasah je jual produk tu pada orang ramai. Tak ambil kisah pun. Tapi sekarang ni tetibe plak rasa macam nak ambil tahu semua benda. Tapi benda yang umum je la, tak de la sibuk nak tahu peti sejuk jiran sebelah ada apa kan. Semua kepayahan yang dilalui oleh sis dian buat AS rasa bersemangat dan bermotivasi tiba tiba. Tiba tiba je semangat tu muncul dalam diri sendiri, mungkin dah sampai masanya untuk AS tanamkan azam dalam diri untuk cuba sesuatu yang baru untuk berjaya. Insya Allah dimulakan dengan bisnes produk ni ya.

Bagi sesiapa yang menginginkan untuk mencuba produk ni boleh komen ya. Jom rasai sendiri keajaiban Floral Mask, mask berwarna ungu yang mempunyai haruman lavender yang pertama di Malaysia dan Dian'z Vitamin iaitu vitamin yang dicipta khusus untuk penjagaan kulit khususnya untuk memutihkan kulit.

Dan satu lagi, sebelum sis dian jual barangan yang beliau ciptakan tu, beliau akan test pada diri sendiri dulu. Setelah berkesan, baru la beliau jual. Kan bagus camtu kan. Ni nak kasi spoiler sikit, beliau ada produk baru untuk dipasarkan, sekarang masih dalam test produk dulu. So tunggu dulu ya.

SEKARANG KITA BUAT PROMOSI !!!

Floral Mask RM 39.90 FREE POSTAGE to SM / SS +6

Dian'z Vitamin RM 76 FREE POSTAGE to SM / SS +6

p/s : pic credit to sis dian

p/p/s : nak order boleh ke sini


Sunday, 9 November 2014

Ayuh bangkit Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

from malaysianinsider

Mesti anda semua dah tahu isu yang menggemparkan peminat sukan negara malahan dunia akibat skandal doping Datuk Lee Chong Wei, pemain nombor satu dunia. Misteri mengenai keputusan sampel B Datuk Lee Chong Wei akhirnya terungkai apabila disahkan positif mengandungi bahan terlarang dexamethasone. Lee Chong Wei menyaksikan sendiri prosedur analisis ujian ke atas sampel B miliknya di Hospital Universiti Oslo, Norway. Berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ini turut menimbulkan kesedihan dan rasa terkilan dalam hati pemain terkenal ini sendiri kerana beliau bersungguh sungguh menafikan bahawa beliau tidak mengambil bahan terlarang tersebut.

Buat masa sekarang ini, ikon badminton nombor satu dunia itu digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa sekurang-kurangnya sehingga keputusan Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) diketahui kelak. Berita ini pastinya menimbulkan rasa terkilan dalam hati Lee Chong Wei kerana imejnya mungkin terjejas di mata dunia meskipun beliau menafikan pengambilan bahan terlarang itu. 

Namun apa yang AS pasti, pendedahan nama atlet yang terlibat ini memang menjejaskan nama Lee Chong Wei sendiri dan akan menjatuhkan semangat beliau. Menurut sumber, BWF mahupun ahli persatuan di bawahnya tidak boleh mendedahkan nama atlet terbabit yang didakwa melakukan kesalahan itu sehingga dibuktikan menerusi majlis pendengaran. Pendedahan namanya kepada pihak umum sedikit sebanyak akan merencatkan semangat beliau. Harap beliau dapat kuatkan semangat demi anak dan isteri tercinta.

Di samping itu, Lee Chong Wei yang melarikan diri daripada pihak media daripada mengulas isu ini sebaik sahaja selesai melakukan proses analisis di Norway telah meluahkan rasa hatinya kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com pada Sabtu lalu. AS rasa memang tak patut la kalau rakyat dan orang umum buat spekulasi macam tu je tentang kes ni. Sekurang-kurangnya dengar la dulu apa yang Chong Wei cuba nak cakap. Dan percayakan apa yang beliau cakap. Beliau dah buat macam untuk naikkan nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang sukan. Lepas tu, bila beliau mengalami kepayahan macam ni takkan nak terus kutuk je.


"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir....membinasakan kerja keras saya selama ini. Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat."

Kalau tak mampu bersorak ketika kalah, jangan bersorak ketika menang. Eh tetibe je ...

Saturday, 8 November 2014

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum.


Ayuh semua kita bersegmen kali ni dengan cara blogwalking ke blog peserta lain. Dah lama AS tak join segmen hehe. Ni tak lain tak bukan nak tambah blog views dan cari kenalan baru. 

* Bagi peserta yang sudi blogwalking ke blog AS boleh request nak exchange follow blog atau klik banner nuffnang or lazada okei. Insya Allah AS layankan hehe. Tapi exchange like or follow acc media sosial tak ye kbye

Friday, 7 November 2014

Blogger Buat Duit Online

Assalamualaikum.


Alhamdulillah AS berjaya tersenarai dalam senarai top 70 para peserta yang berjaya melayakkan diri ke cabaran terakhir iphone 5s. Dan pada 31 Oktober baru baru ni team denaihati telah pun update entri mengenai cabaran terakhir iphone 5s. Syukur cabaran yang terakhir ni tak melibatkan SEO sebab AS memang tak mahir bab bab SEO ni. Aishh nampaknya kena belajar dengan blogger profesional ni, tak pun rembat Teknik SEO Merah Jambu je ye takk. Dengar cerita teramatlah berbaloi.

So, kami para peserta diwajibkan untuk membuat satu entri mengenai Blogger Buat Duit Online. AS memang tak pandai nak ulas tentang ni, tapi biar AS cuba dulu ye. Tak macho la kalau mengalah sebelum berjuang kan kawan kawan.

Mengenai buat duit online ni, perkara yang AS fikirkan dulu of course la Nuffnang. Sebab di awal penyertaan AS dalam dunia blogging ni, AS dah sedia maklum yang Nuffnang ni taja blog bloggers. Selepas AS dah mula buat blog, AS pun terfikir nak tepek banner Nuffnang dalam blog hehe okay la tu naik satu sen satu sen haha.

Antara platform yang digunakan dalam kalangan bloggers untuk menjana pendapatan sampingan termasuklah :



Want to meet like-minded people and connect with them?

With Nuffnang, you can achieve that and so much more. We provide you with access to exclusive events just for bloggers such as themed parties, blockbuster premieres and product launches. Bloggers also receive special opportunities to review new products and services as well as chances to win cool prizes from our (very frequent!) community contests. Get involved and earn, simply by expressing yourself on your blog.

Dah lama dulu AS ada baca blog blogger Fatin Liyana. AS memang minat sangat baca blog akak FL ni, dah baca sejak zaman FL belajar medic kat Indonesia lagi. Lepas tu ada la satu entry yang kak Fatin Liyana hupdate ni, beliau taja percutian bersama keluarga ke Hong Kong menggunakan income yang diperolehinya dari Nuffnang (beliau tak mention dalam entri ni). Ehem ehem tau tau je la berapa kosnya untuk bercuti kat luar negara, pulak tu guna income Nuffnang je. Aishh teramatlah berbaloi sangat beliau join Nuffnang ni ditambah pulak blog views beliau yang meletopp. 



Here at ChurpChurp, members can get cash rewards for sharing brand messages, discover what people are reading or watching on the Internet, and be part of an awesome community and meet like-minded friends.

Dengan ChurpChurp, ni korang dikehendaki berkokok (ok tak lawak -_-). Haa tengok tu kat front page web churpchurp ni. Discover, Share & Get Rewarded. All you need is just share and you will get rewarded for what you've been shared. You will get RM0.20 per click wahh imagine 20++ clicks and how much you will get grrr

3. 8Share


Our Community

We have a community of over 450,000 social media users across Malaysia. 8Share members who share 8Share Specials on their social networks are rewarded for every unique visit they receive. Since 2010, the 8Share community has cashed out a total of RM2.3 million¹.
'As of August 2013.

What is 8Share?

8Share is a private rewards club for social media users who like getting free stuff, earning extra cash every month, and being the first to introduce something new.
Who can join 8Share?

Anyone who loves sharing cool stuff with their friends via social media! 8Share is now in Malaysia, Philippines and Indonesia. Join now.
How do I get rewarded on 8Share?

Get paid in cash for sharing Specials. Get paid when you invite your friends too. Earn Bonus Points (BP) for being an active 8Share members. We also like running cool contests for you to win all sorts of gadgets and prizes.

Haa 8Share ni sama je macam ChurpChurp, dia menggunakan link untuk share. Boleh juga automatik share link via social media. Senang je, klik pada button yang dah disediakan and then lepas tu sedia untuk menerima earnings yang banyakkk

4. Lazada


Why choose the LAZADA Affiliate Program?

Below are some of the benefits that we offer:
Sign-up for free!
Tiered commissions from 3 to 5% to reward top affiliates
30 days cookie and all valid transactions approved within 30 days
Wide range of banner selection, automatically update product feed and eye-catching creative
Custom creatives and newsletter templates upon request
Exclusive voucher code upon request
High conversion rate, above-average basket size and low cancellation rate
Quick and personal support from the LAZADA Affiliate Team

Haa Lazada ni merupakan platform cari duit online yang baru je AS ceburi. Tu pun tau melalui blogwalking ke blog bro Hasrul Hassan. Banyak jugak komisen yang dapat oleh beliau bila ada orang beli online kat lazada menggunakan link dorang. Lazada siap prepare banner tau untuk program affiliate dorang. Lagi la memudahkan urusan korang nak promote pada orang ramai. Insya Allah bro ni idola aku dalam target untuk berjaya dapat income dari lazada hehe.

So bagi korang yang berniat nak tambah pendapatan sampingan boleh la cuba kesemua yang AS cuba senaraikan ni. 


Cabaran Iphone 5s oleh Denaihati

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Monday, 15 September 2014

Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Assalamualaikum


Alhamdulillah tugasan kedua cabaran iphone 5s dah bermula. Excited jugak semalam masa check blog denaihati untuk tahu apa apa perkembangan tentang cabaran iphone 5s ni. Lega jugak bila tengok tugasan kedua ni baru bermula semalam. Takdelah tertinggal sangat ambo nih hehee --


Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.

  1. Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  3. Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  4. Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  5. Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  6. Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  7. Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Haa tu dia cabaran seterusnya. Tempoh masa bagi cabaran kedua ni sebulan wehh. Hahaha ambik ko lama kemain. Tapi hm sempat ke tak lintas blogger profesional yang lain nak tinggalkan komen pada entri blog denaihati. Rase kecik plak diri ni berdiri celah celah depa ni. Tapi insya Allah akan ku usahakan sebaik yang mungkin. Tambahan plak ni kan musim cuti sekolah so banyak masa terluang nak blogwalking. So, tahniah untuk semua peserta yang layak dan good luck, semoga maju jaya. Jom kita bertanding dengan gaya sihat dan mesra alam gituu hahaa. Big thanks to the awesome sponsor for the clueless time.


Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S kali ini. (latest update)

Tuesday, 2 September 2014

Alhamdulillah, saya LULUS !

Assalamualaikum.


Hahaha amboii tajuk kemain lulus lulus bagai. Ni lulus exam ke lulus ujian kahwin ke lulus test jpj ni uhuk uhuk. Minggu depan test jpj walawehh dup dap dup dap la plak. Ni haa actually nak bagitau yang aku layak ke pusingan seterusnya dalam cabaran iphone 5s (remember my previous entry? haa yes yes yang menang iphone 5s tu haa.

sebab dah join last minute so idea nak buat entry kreatif tu tak berapa nak menjadi la skit. tapi sungguh tak sangka dapat ke pusingan seterusnya walaupun memang berharap sangat nak ke pusingan seterusnya. i really have no word. just saying Alhamdulillah hee. beberapa hari lepas submit entri tu memang panas punggung la jugak nak tunggu pengumuman dari denaihati. tambah plak dengan busy kat sekolah plus homework and kerja kursus lagi so tak tercheck la kejap. sampai la semalam blogwalking kat blog someone ni and dia up entry pasal dia terpilih jugak. pastu disertakan sekali link untuk check senarai pemenang.

then i clicked at the link in no time. scroll punye scroll screen phone nak cari my blog url. masa tu check pakai fon je sebab nak tidur dah kira kira pukul 11 gitu. Alhamdulillah saya tersenarai huhuhuu. cerah balik mata mase tu muahaha. seramai 139 peserta yang layak and gladly i'm one of them. 

link saya berada di number 66. how about you guys? don't know yet? then you can check on this link.


but now i really want to thank this awesome bloggers for creating this great giveaway. big claps please :)

  1. http://ejamothman.com
  2. http://www.eridy.com
  3. http://www.hilalazmi.com
  4. http://www.eizil.com/
  5. http://www.asamboi.my
  6. http://www.diarymama.com
  7. http://pendekarberkuda.org
  8. http://www.saji.my
  9. http://abangensem.com
  10. http://www.enveeus.com
  11. http://www.pakarniaga.com
  12. http://anarm.net
  13. http://www.daddydee.net
  14. http://www.sunshinekelly.com
  15. http://sweetkurma.com
  16. http://awn.my
  17. http://mawarmerah2008.com
  18. http://www.broframestone.com
  19. http://www.akmaomar.com
  20. http://khairilmazri.com
Ya Allah ease my ways. Please let this little piece be mine. Amiin^^